Ahad, 17 Mei 2009

MEMORI TERINDAH 1

SATU

Aku dilahirkan dan dibesarkan di negeri Perak.Mama aku berasal dari Selangor,tapi disebabkan Opah dah lama duduk di Perak,jadi kami sudah jadi anak jati Perak, namun sepatah haram bahasa Perak jati memang kami tak pernah sebut dan tak faham langsung.Pertuturan kami macam biasa saja.Menggunakan bahasa melayu pasar.Abah memang asal orang Perak dan bekerja di Tenaga Nasional Berhad nama sekarang, dahulu di panggil Lembaga Letrik Negara.

Apa yang aku ingat dahulu masa aku kecil mama dan babah duduk di Lata Iskandar, sebuah kawasan pelancongan dan pusat peranginan.Mama berniaga dengan membuka sebuah restoren di tepi air terjun.Memang ramai pelancong yang datang minum dan makan di restoran mama, kerana pemandangannya memang indah dan tenang sekali.Menurut cerita mama, ketika kecil aku memang seorang yang comel dan ramai yang suka bermain dengan aku termasuk pelancong mat saleh..Mereka suka bergambar denganku..

Ketika itu juga mama beritahu aku mempunyai seorang teman sepermainan. Ketika itu aku berumur 5 tahun. Mukhlis adalah teman sepermainan aku. Mukhlis sekeluarga adalah jiran kami. Aku masih ingat-ingat lupa tentang Mukhlis , tapi apa yang aku ingat kami memang rapat dan juga selalu bergaduh berebut sesuatu terutama barang mainan. Aku rasa kelakar saja bila mengenang dan teringat tentang zaman kanak-kanak aku. Aku sendiri dah lama tak jumpa Mukhlis,sudah bagaimana agaknya Mukhlis sekarang ini??..Kali terakhir kami berjumpa ketika aku berumur 9 tahun, ketika itu keluarga aku saja ingin menziarahi teman-teman lama setelah bertahun kami terpisah.Saat itu aku berjumpa Mukhlis dan kami sudah ada perasaan malu ketika itu,kerana masing-masing sudah besar dan bersekolah.Memang dia boleh dikategorikan seorang kanak-kanak yang kacak ketika itu,wajahnya seperti anak kacukan cina dan mat saleh.Kami hanya berbalas senyum sahaja ketika itu.

Sekarang aku tak tahu di mana dia.Sejak kami berpindah dari Lata Iskandar ke sebuah kampung yang di kelilingan sawah padi,kami terus terputus hubungan.Kampung sawah tempat tinggal baru kami.Ketika itu aku berumur 6tahun.Babah membawa kami sekeluarga tinggal di kampung sawah kerana, babah telah di tukarkan ke Teluk Intan, Kampung Sawah pula adalah kampung babah dan babah memiliki banyak tanah dan rumah di kampung tersebut.

Bermula kehidupan baru kami sekeluarga di kampung sawah.Aku pula mendapat rakan dan teman sepermainan yang baru.Memang aku tidak gemar bermain dengan kanak-kanak perempuan, kebanyakan teman sepermainan aku terdiri dari kalangan budak lelaki.Kawan baik aku adalah Nuri,Ann,Jamal dan Erul.Nuri sebaya aku,Ann dan Jamal tua setahun dari aku,manakala Erul pula muda setahun dari aku.Kami memang akrab.

Tiada ulasan: